Tuesday, July 10, 2018

KULAT AKAR PUTIH

S I N D R O M   K U L A T   A K A R   P U T I H
Sindrom kulat akar putih yang sering menyerang akar  pokok durian adalah disebabkan kulat Rigidoporus Lignosus atau Rigidoporus Microporus. Kulat ini umumnya menyerang akar tunjang dan dianggap paling berbahaya kerana merebak dengan cepat. 
Ciri-ciri serangannya iaitu terdapat benang-benang miselium kulat (rizomorf) berwarna putih menjalar di sepanjang akar yang sakit. Lalu benang-benang ini akan meluas dan membentuk cabang-cabang menyerupai jala. Selanjutnya akar-akar ini akan mengalami pembusukan hingga menyebabkan tanaman mati.
Sementara itu, serangan kulat akar putih pada tanaman muda mempunyai ciri-ciri seperti tanaman yang mengalami kekeringan. Di mulai dari warna daunnya yang berubah warna menjadi kusam/kekuningan hingga ukurannya lebih tebal daripada daun yang normal. Lama-kelamaan daun ini akan berubah warna menjadi cokelat, hingga akhirnya mengering. Kulat akar putih biasanya tersebar melalui kontak akar secara langsung.
Sangat menggerunkan.
Terdapat kaedah yang mudah dalam pembasmian kulat pada bekas lubang tanaman agar penghapusan kulat secara keseluruhan dapat dilakukan. Antaranya ialah dengan membakar bekas lubang tanaman.Termasuk melayurkan cangkul yang digunakan pada api untuk menggali lubang tadi. Selepas itu sembur lubang tadi dengan racun kulat berbahan aktif hexaconazole.
Seterusnya pemulihan semula tanah tapak tanam.
Semoga bermanfaat.



Kredit : FB Sabry Zachry

No comments:

Post a Comment

HUJUNG DAUN MENGERING